Hari Jumat, terdapat waktu istimewa agar doa lebih mustajab.

Waktu pertama
: Ketika imam mulai duduk di atas minbar sampai solat Jumat.

Kedua
: Setelah waktu Asar berdasarkan hadis Nabi

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

“Hari Jumaat ada 12 bagian waktu yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di UJUNG WAKTU SELEPAS ASAR” (HR Abu Daud- hadis sohih)

Mari memanfaatkan waktu maqbul ini dengan berdoa dan memperbanyak istighfar.

Berikut ini adab-adab doa sesuai sunnah:

  • Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.
  • Merendahkan suara di antara tenang dan jahar (lantang)
  • Hadirkan hati, Khusyu’ dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
  • Datangkan rasa ‘optimis’ doa akan dikabulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
  • Merayu bersungguh maka sebaiknya diulang tiga kali.
  • Membuka doa dengan ‘Majami’ al-Hamd’ (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt) dan shalawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.
  • Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada DHALIM kepada seseorang atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
  • Memahami doa yang dipinta.

SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib. []